Israel arah Konsulat Britain ditutup di Baitulmuqaddis - Utusan Malaysia

Israel arah Konsulat Britain ditutup di Baitulmuqaddis

ISRAEL mengarahkan Konsulat Britain ditutup sebagai tindak balas terhadap tindakan negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel pada Selasa mengarahkan penutupan konsulat Britain di Baitulmuqaddis sebagai tindakan balas selepas London mengetuai sekatan negara-negara Barat berhubung keganasan yang dilakukan peneroka haram Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Israel turut berkata, pihaknya akan mengusir diplomat Britain yang ditempatkan di sebuah pusat yang memantau pelan gencatan senjata di Gaza yang mana Amerika Syarikat (AS) menjadi pengantara.

Rejim Zionis itu menghalang latihan yang disediakan Britain kepada pasukan Pihak Berkuasa Palestin dan  melarang 12 pegawai Britain daripada memasuki Israel.

“Tuduhan yang dibuat menteri luar Britain di Parlimen Britain hari ini merupakan pembohongan yang keterlaluan,” kata Menteri Luar Israel, Gideon Saar, selepas rakan sejawatnya dari Britain, Ed Miliband, menuduh peneroka haram Yahudi melakukan pembersihan etnik di Tebing Barat.

Saar berkata, Israel menutup konsulat Britain yang terletak di Baitulmuqaddis Timur, sebahagian daripada kawasan yang secara sejarahnya merupakan wilayah Palestin dan ditawan Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967.

Israel menganggap Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya yang tidak terbahagi, pendirian yang tidak diterima masyarakat antarabangsa, kecuali segelintir negara termasuk Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump.

“Baitulmuqaddis yang bersatu ialah ibu negara Israel dan berada di bawah kedaulatan penuhnya,” kata Saar. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×