Tiada isu, keluarga ada permit mendaki – Polis

Tiada isu, keluarga ada permit mendaki – Polis

SHAFIEE Sidek (kiri) bersama anak dan isterinya selamat tiba di Jeti Trojan, Tasik Temenggor, Gerik, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tiada isu berhubung penyertaan dua kanak-kanak dalam pendakian merentas tiga puncak gunung di Hulu Perak pada 3 September lalu kerana keluarga terbabit mempunyai permit sah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya bagaimanapun akan merakam keterangan keenam-enam pendaki bagi melengkapkan dokumentasi susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas mereka gagal keluar mengikut jadual.

“Tiada isu kerana mereka mempunyai permit. Dalam permit itu memang dimasukkan butir-butir berkaitan keluarga mereka,” katanya ketika ditemui di IPD Kerian di sini semalam.

Kelmarin, operasi SAR digerakkan selepas keenam-enam pendaki gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Mereka memulakan pendakian merentas tiga puncak Gunung Gerah, Bilah dan Bieh (Trans GGB) pada 29 Ogos lalu.

Keenam-enam pendaki terbabit ialah dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9.

Menurut Alwi, kesemua mereka turut akan dibawa ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.

“Mereka akan dibawa ke klinik untuk dokumentasi. Lepas itu mungkin kita akan benarkan mereka balik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×