Sembilan parameter Akta Pendanaan Politik diperhalusi - Azalina

Sembilan parameter Akta Pendanaan Politik diperhalusi – Azalina

AZALINA ketika berucap di Konvensyen Pendanaan Politik 2026 ‘Reformasi Institusi : Membina Kepercayaan, Memperkukuh Demokrasi di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Bangunan Sulaiman. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan parameter dasar berkaitan Akta Pendanaan Politik sedang diperhalusi bagi memastikan mekanisme yang akan diperkenalkan lebih telus, praktikal, tegas dan adil tanpa mengekang proses demokrasi yang sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara parameter yang diberi perhatian termasuk skop pemakaian, badan kawal selia, sumber serta had sumbangan, larangan sumbangan asing dan saluran penerimaan dana yang boleh dijejaki.

Selain itu katanya, aspek pelaporan, pengauditan dan pendedahan dan penetapan kesalahan serta penalti juga akan turut diperhalusi.

“Sebagai contoh, kalau orang beri sumbangan kepada parti politik adakah kita nak tanya daripada mana sumbernya? Ada negara dana luar tidak boleh dan setiap negara ada format berbeza.

“Kedua kalau disumbangkan dana nanti adakah akan ada penolakan cukai? Di samping itu Adakah boleh beri sumbangan kepada parti lain ? Adakah kita nak pastikan kalau ada pihak beri sumbangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh nak kacau ? Jadi ini antara yang perlu dilihat, ” katanya ketika ditemui pemberita dalam Konvensyen pendanaan politik 2026.

Dalam pada itu, Azalina berkata, Akta Pendanaan Politik dijangka dapat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya proses demokrasi itu diadakan sehingga cukup penggal iaitu awal tahun 2028.

Namun katanya, ia bergantung kepada proses penelitian selain persetujuan daripada 72 parti politik di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×