PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di Istana Bukit Tunku dekat sini, hari ini.
Pertemuan berkenaan dikongsikan baginda menerusi laman Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Syed Danial ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang bertanggungjawab mengurus urusan berkaitan Majlis Raja-Raja. – UTUSAN










