Kanak-kanak diserang anjing jalani pembedahan, semakin stabil

Kanak-kanak diserang anjing jalani pembedahan, semakin stabil

SALAH seekor anjing liar yang ditemukan berkeliaran di sekitar kejadian Nur Haira diserang lima ekor haiwan berkenaan di Peserai, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang parah diserang sekumpulan anjing liar ketika berada di hadapan rumah di Peserai, di sini dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan di beberapa bahagia tubuh badannya, semalam dan hari ini.

Ahli keluarga kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 23, berkata, perkembangan terkini kanak-kanak ber­kenaan dikongsikan kepadanya oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kini berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Pembedahan berjalan lancar, ibu bapa mangsa beritahu doktor telah meneliti keadaannya dan kini berada dalam keada­an stabil. Alhamdulillah, saya berharap anak buah cepat sembuh,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.

Sementara itu, Nur berkata, sehingga kini dia masih teringat wajah dan keadaan anak buahnya yang diserang beberapa ekor anjing liar kira-kira pukul 7 pagi.

“Saya masih teringat wajah Nur Haira, keadaannya sangat lemah, nafasnya perlahan. Saya dukung dia dalam keadaan tubuh badannya berlumuran darah.

*Darahnya banyak sehingga melekat pada baju saya. Saya tidak mampu kata apa-apa kerana bingung melihat keadaannya,” katanya.

Menurut Nur lagi, dia berada di dalam rumah sebelum terdengar jeritan ibunya yang menyedari Nur Haira diserang, lalu dia bergegas keluar cuba menyelamatkan mangsa manakala ibunya turut menghalau anjing terbabit.

“Kami sudah lama bimbang dengan anjing liar, tetapi kali ini ia terjadi kepada ahli keluarga kami. Memang kami risau sebab kita yang dewasa pun takut pada anjing, apatah lagi kanak-kanak.

“Kami tidak mahu ada mangsa lain, jadi kami harap anjing liar ini dapat ditangkap. Jangan tunggu sampai ada kejadian ke­dua atau ada mangsa lain menjadi korban,” katanya.

Sabtu lalu, Nur Haira ditemukan terbaring dengan beberapa koyakan pada kepala dan muka selepas diserang sekumpulan lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya ketika sedang bercuti sekolah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×