Eman Manan terima gelaran Datuk - Utusan Malaysia

Eman Manan terima gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Eman Manan kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada Ahad.

Anugerah itu diberikan kepada Eman atau Abdul Manan Embong, 68, bagi menghargai sumbangannya dalam bidang seni tanah air.

Sepanjang 42 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, Eman pernah meraih beberaa anugerah besar antaranya Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali, termasuk menerusi filem pertamanya, Matinya Seorang Patriot (1984), Bintang Malam (1991), dan Buai Laju-Laju (2004).

Istidat penganugerah tersebut diadakan di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×