‘Sudin’ lembu satu tan jadi tumpuan

‘Sudin’ lembu satu tan jadi tumpuan

MUHAMMAD Syafiq Abdul Nasir bersama lembu baka charolais yang dipamerkan di MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Lembu bersaiz besar berbulu putih dengan beratnya mencecah hampir satu tan, Sudin menjadi tarikan utama di Laman Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Penjaganya, Muhammad Sya­fiq Abdul Nasir berkata, Sudin dijaga rapi bagi memastikannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik sepanjang tempoh pa­meran.

“Lembu ini perlu dimandikan dua kali sehari begitu juga dengan masa makan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Pemakanan untuk Sudin pada masa pameran berbeza dengan cara pemakanan ketika dalam jagaan di kampung halaman.

“Ramai ingat sebab besar, harga daging pun mahal. Sebenarnya sama sahaja dengan harga pasaran.

“Sudin boleh saja dilepas bebas di kawasan awam, janji dijaga betul-betul dan tidak ada lembu lain untuk dia berlaga,” jelasnya.

Fizikal Sudin yang gagah itu turut melibatkan vaksin daripada veterinar bagi memastikan­nya dalam keadaan sihat sebelum dipamerkan di MAHA.

Hasil daripada penjagaan rapi itu, Sudin dikatakan sering memenangi pertandingan lembu sado disebabkan ciri-cirinya yang unik.

Muhammad Syafiq berkata, kehadiran Sudin pada pameran seperti MAHA dapat menarik minat masyarakat untuk memelihara haiwan ternakan se­perti lembu.

Menurutnya, setiap haiwan ternakan ada positif dan negatif dalam penjagaan tetapi sekiranya ada minat, sudah pasti semuanya akan lebih mudah.

Beliau turut berharap agar kehadiran Sudin di MAHA bukan sekadar mempamerkan kegagahan seekor haiwan ternakan, malah berharap dapat mengukir memori kepada pe­ngunjung yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×