Nepo baby’ yang berjaya - Utusan Malaysia

Nepo baby’ yang berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fenomena ‘nepo baby’ atau singkatan kepada ‘nepotism baby’ semakin menjadi perhatian dalam industri hiburan Hollywood.

Istilah tersebut merujuk kepada anak selebriti atau individu berpengaruh yang mempunyai kelebihan dari segi pendedahan dan peluang untuk menceburi bidang sama hasil latar belakang keluarga mereka.

Bagaimanapun, kelebihan tersebut tidak semestinya menjamin kejayaan berpanjangan, malah perlu membuktikan kemampuan menerusi bakat, komitmen dan prestasi bagi memperoleh pengiktirafan dalam industri yang sangat kompetitif.

Berikut ialah lima selebriti Hollywood yang sering dikaitkan dengan gelaran ‘nepo baby’. Namun berjaya membina nama serta identiti mereka sendiri:-

Jack Quaid

Anak kepada pelakon terkenal, Dennis Quaid dan Meg Ryan, Jack Quaid ini bertuah kerana ibu bapanya dua figura hebat yang cukup dikenali dalam industri perfileman Hollywood.
Jack memulakan kerjaya menerusi filem The Hunger Games sebelum namanya melonjak menerusi watak Hughie Camp­bell dalam siri popular The Boys.

Dakota Johnson

Aktres, Dakota Johnson anak kepada pelakon, Don Johnson dan Melanie Griffith, selain cucu kepada legenda Hollywood, Tippi Hedren.
Meskipun berasal dari latar belakang keluarga seni yang terkenal, Dakota memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak. Kemudian, Dakota mula mencuri perhatian dunia menerusi watak Anastasia Steele menerusi filem, Fifty Shades of Grey.
Sejak itu, beliau terus mengukuhkan kedudukan sebagai pelakon versatil menerusi filem seperti Suspiria, The Lost Daughter dan Cha Cha Real Smooth. Selain berlakon, dia turut mengembangkan kerjaya sebagai penerbit menerusi syarikat produksinya sendiri, TeaTime Pictures.

Lily Collins

Siapa sangka, aktres jelita, Lily Collins merupakan anak kepada penyanyi dan pemuzik terkenal Phil Collins. Namun, Lily memilih untuk membina nama sendiri dalam dunia lakonan berbanding mengikuti jejak langkah bapanya dalam bidang muzik.
Lily memulakan kerjaya sebagai pelakon dan semakin dikenali menerusi filem Mirror Mirror, Love, Rosie serta siri popular Emily in Paris, yang melonjakkan namanya sebagai antara bintang televisyen paling berpengaruh dalam beberapa tahun kebela­kangan ini.

Zoë Kravitz

Umum tahu, pelakon, Zoë Kravitz merupakan anak kepada pemuzik terkenal Lenny Kravitz dan pelakon Lisa Bonet, bahkan dia membesar dalam keluarga yang cukup berpengaruh dalam industri hiburan.
Zoë mula mencipta nama menerusi lakonan dalam filem Mad Max: Fury Road, Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald dan The Batman. Selain berlakon, dia turut mengembangkan kerjaya seninya di belakang tabir dengan menceburi bidang penulisan skrip dan pengarahan.
Walaupun sering dikaitkan dengan status nepo baby, Zoë berjaya membuktikan kemampuannya menerusi pemilihan watak yang pelbagai dan persembahan yang mendapat pujian ramai.

Kate Hudson

Terkenal menerusi filem Almost Famous, pelakon, Kate Hudson merupakan anak kepada pelakon Goldie Hawn. Bukan itu sahaja, Kate turut menganggap aktor, Kurt Russell seperti bapanya sendiri kerana telah membesarkannya sejak kecil.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga seni yang terkenal, Kate berjaya membina identitinya sendiri menerusi bakat dan karisma di layar perak.
Kemudian, pelakon itu mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang komedi romantik menerusi filem seperti How to Lose a Guy in 10 Days, Bride Wars dan Fool’s Gold. Selain berlakon, Kate turut aktif sebagai usahawan dan penerbit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×