Pegawai IT rugi RM20,000 ‘cashout’ BNPL

Pegawai IT rugi RM20,000 ‘cashout’ BNPL

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai teknologi maklumat (IT) kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan pengeluaran tunai (cashout) kemudahan ‘beli dulu, bayar kemudian’ menerusi iklan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku pada 1 September lalu selepas wanita berusia 28 tahun itu menghubungi individu terlibat menerusi nombor telefon tertera dalam iklan.

“Mangsa diarahkan membuat pindahan wang melalui kod QR yang diberikan ejen kepada tiga akaun berbeza.

“Mangsa membuat sembilan transaksi dengan jumlah keseluruhan RM20,000,” katanya hari ini.

Menurutnya, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan bagi tujuan proses pemulangan wang ke akaun bank peribadinya.

“Bagaimanapun, mangsa tidak membuat bayaran tambahan itu selepas mula berasa curiga sebelum hadir ke balai polis semalam untuk membuat laporan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×