Pesawat bawa menteri gagal mendarat kerana jerebu tebal - Utusan Malaysia

Pesawat bawa menteri gagal mendarat kerana jerebu tebal

SEBUAH pesawat yang membawa rombongan menteri tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio di Pontianak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pesawat yang membawa Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni bersama rombongan gagal mendarat di Lapangan Terbang Supadio Pontianak, Kalimantan Barat, akibat jerebu tebal susulan kebakaran hutan dan tanah.

Timbalan Gabenor Kalimantan Barat, Krisantus Kurniawan berkata, jarak penglihatan di kawasan berkenaan hanya sekitar 100 meter, menyebabkan pesawat yang dinaiki menteri itu tidak melakukan pendaratan.

“Di tempat kita ini, beliau membatalkan kedatangannya kerana kabut asap (jerebu)  dan jarak penglihatan hanya sekitar 100 meter. Jadi, pesawat itu tidak berani mendarat,” kata Krisantus di Pontianak  hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Raja Juli dijadualkan meninjau tiga lokasi yang dilanda kebakaran hutan dalam lawatan itu.

Indonesia telah mempergiat usaha memerangi kebakaran hutan dengan operasi pembenihan awan dan pengeboman air ketika ribuan penduduk di seluruh negara itu bergelut untuk bernafas dalam keadaan dipenuhi asap serta jerebu.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dante Saksono Harbuwono, lebih lima juta penduduk di pulau Borneo dan Sumatera terdedah secara langsung kepada risiko jerebu akibat puluhan kebakaran yang berlaku di seluruh kepulauan luas itu.

Kira-kira 13,500 orang mendapatkan rawatan akibat jangkitan pernafasan pada Julai dan Ogos, kata Dante. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini