Kuwait pintas peluru berpandu Iran - Utusan Malaysia

Kuwait pintas peluru berpandu Iran

GAMBAR fail serangan Iran ke atas kawasan Kedutaan Amerika di Bandar Raya Kuwait. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA KUWAIT: Tentera Kuwait berkata pada Khamis bahawa pihaknya sedang memintas serangan peluru berpandu dan dron dari Iran, ketika Teheran menyasarkan sekutu Amerika Syarikat (AS)  di Asia Barat.

Iran telah menyasarkan pangkalan AS di Kuwait, Jordan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan wilayah Kurdistan yang mempunyai pemerintahan sendiri di Iraq, selepas Washington melancarkan serangan pengeboman besar-besaran pada Selasa terhadap beberapa lokasi di seluruh republik Islam itu.

“Pertahanan udara Kuwait kini sedang berdepan dengan serangan peluru berpandu dan dron musuh susulan pencerobohan kejam Iran,” kata tentera Kuwait dalam catatan di X.

Memuatkan artikel berkaitan…

Televisyen kerajaan Iran mengesahkan bahawa Teheran menyasarkan pangkalan AS di Kuwait sebagai tindak balas terhadap jenayah Amerika terhadap rakyat Iran.

Iran bertindak dengan marah selepas Bulan Sabit Merah Iran berkata pada Selasa bahawa serangan AS membunuh empat orang, termasuk seorang kanak-kanak, dalam satu majlis perkahwinan di selatan negara itu.

Serangan AS tersebut turut mencederakan lebih 50 orang, menurutnya.

Washington tidak mengulas secara langsung mengenai kejadian itu, manakala jurucakap Markas Pusat AS (CENTCOM), Tim Hawkins, berkata, tentera AS tidak pernah menyasarkan orang awam, tidak seperti Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.

Pusingan pertempuran terbaru bermula apabila Washington menyerang sasaran di Iran pada Ahad, iaitu serangan pertama yang diketahui berlaku dalam tempoh beberapa minggu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini