PETALING JAYA: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 9.31 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berpusat pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur, kira-kira 10 kilometer (km) barat Keningau dengan kedalaman 10 km.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya dan pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan. –UTUSAN











