Ferrari terlibat kemalangan remuk teruk di lebuh raya - Utusan Malaysia

Ferrari terlibat kemalangan remuk teruk di lebuh raya

SEBUAH kereta Ferrari rosak teruk selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu. - Polis Greater Manchester/PA Wire
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemandu sebuah kenderaan Ferrari bernilai £260,000 (RM1.4 juta) terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas hilang kawalan di lebuh raya hingga menyebabkan kenderaan mewah itu remuk teruk.

Polis Greater Manchester memaklumkan bahawa pemandu Ferrari 296 tempahan khas itu hilang kawalan di lebuh raya M602 berhampiran Eccles, Salford ekoran hujan lebat pada Ahad.

Pihak berkuasa itu kemudian  berkongsi sekeping gambar kenderaan berprestasi tinggi yang musnah itu di platform X, bersama amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malangnya bilangan Ferrari 296 di dunia berkurangan satu unit pagi ini selepas pemandunya hilang kawalan berikutan jalan licin di M602, Salford. 

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Namun, dipohon semua pihak agar memandu mengikut keadaan cuaca demi keselamatan bersama,” tulis pihak polis menerusi hantaran berkenaan.

Sebuah kenderaan baharu Ferrari 296 dijual pada harga bermula £259,695 (RM1.41 juta). Bagaiamanpun, model tempahan khas boleh mencecah antara £320,000 (RM1.74 juta) hingga £330,000 (RM1.8 juta).

Kawasan Salford dan sekitarnya dilanda hujan lebat pada Ahad berikutan hujan renyai sehari sebelumnya, dengan suhu persekitaran merosot sehingga 13 darjah Celsius. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini