44 anak seni dibawa 'ronda' seluruh Perlis - Utusan Malaysia

44 anak seni dibawa ‘ronda’ seluruh Perlis

ANAK seni dari negeri ini bergambar di salah satu lokasi pelancongan yang dikunjungi di Tasik Melati, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 44 anak seni yang sering berlakon dalam drama terbitan Zeel Production menyertai rombongan mengunjungi lokasi-lokasi pelancongan di negeri ini sebagai tanda sokongan serta bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Program yang dianjurkan Zeel Production dengan kerjasama Persatuan Anak Seni Perlis diketuai
Md. Fadzil Teh itu turut bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim anak seni di negeri ini.

Antara lokasi dikunjungi ialah Tasik Melati, Taman Kenaf, Padang Besar, Gua Kelam, Taman Ular, Taman Herba, Kampung Wai dan banyak lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Md. Fadzil berkata, kunjungan tersebut memberi pengalaman berharga kepada para peserta selain banyak ilmu pengetahuan diperoleh khususnya semasa di Taman Herba di sini.

“Kita juga bercadang untuk meneruskan aktiviti seperti ini khususnya bagi mengenali lebih dekat budaya dan sejarah di negeri ini..-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini