Rakyat Malaysia di Doha sambut Hari Kebangsaan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang

Rakyat Malaysia di Doha sambut Hari Kebangsaan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Doha menganjurkan upacara menaikkan Jalur Gemilang lewat Ahad bagi menghimpunkan rakyat Malaysia di Qatar dalam semangat patriotisme, perpaduan dan kebanggaan nasional sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Kedutaan dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, upacara itu turut disiarkan secara dalam talian, membolehkan rakyat Malaysia di seluruh Qatar mengikuti dan menyertai sambutan berkenaan secara maya.

“Upacara menaikkan Jalur Gemilang melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan identiti bersama rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tinggal dan bekerja di luar negara,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal Razali berkata sambutan itu bukan sekadar mengenang sejarah negara, tetapi juga nilai-nilai yang terus menyatukan rakyat Malaysia.

“Kami (kedutaan) berharap sambutan ini akan terus memperkukuh semangat kebersamaan serta persahabatan kita dengan Qatar,” kata beliau.

Kedutaan dengan kerjasama Persatuan Rakyat Malaysia di Qatar (MAQ) dan komuniti Malaysia di negara itu turut menganjurkan siri program dari Ogos hingga September sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini