Bangga tayang kereta dipenuhi Jalur Gemilang

Bangga tayang kereta dipenuhi Jalur Gemilang

ARBAAIN Mohamad menunjukkan kereta Proton Iswara Aeroback yang dihiasi sebanyak 369 bendera Jalur Gemilang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang peneroka Felda berbangga menaiki kereta Proton Iswara Aeroback yang dihiasi sebanyak 369 Jalur Gemilang menyelusuri beberapa kawasan di negeri ini.

Minat Arbaain Mohamad, 62, itu hadir sejak 16 tahun lalu apabila terpengaruh dengan rakannya yang selalu memandu kereta yang dihiasi Jalur Gemilang.

Katanya, keseronokan menghiasi kenderaan dengan bendera Malaysia memuncak apabila mendapat reaksi positif penduduk kampung, menyebabkannya bertekad melakukan beberapa siri jelajah solo di Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi yang kecam sebab ramai yang seronok tengok kereta saya penuh Jalur Gemilang, saya juga suka memandu secara santai supaya mereka dapat ambil video dan sebarkan di media sosial.

“Untuk tahun ini, 369 bendera dipasang sebagai simbolik kepada kemerdekaan negara yang ke-69. Saya mempunyai lebih 1,000 bendera dalam simpanan untuk menggantikan bendera yang rosak atau terkoyak. Ini cara saya semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan,” katanya kepada pemberita.

Menurut Arbaain, dia tidak pernah malu memandu kereta itu mengelilingi banyak lokasi di negeri ini seawal 8 pagi sehingga 6 petang.

“Selalunya saya bersama isteri akan pergi ke banyak kawasan sehingga ke Pengerang, Kota Tinggi malah pernah juga merentas beberapa negeri. Kita akan menjelajah dalam tempoh sebulan sahaja bermula 16 Ogos sehingga 16 September untuk sambutan Hari Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini