Dua sekeluarga lemas di tapak perkhemahan Kampung Punggai

Dua sekeluarga lemas di tapak perkhemahan Kampung Punggai

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Hasrat dua sekeluarga meluangkan masa di kawasan perkelahan berakhir tragedi apabila kedua-duanya lemas di persisiran pantai Aliyya Beachfront Campsite (ABC), Kampung Punggai, Pengerang di sini, malam semalam.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohammad Nizam Zainal, 33, dan anak lelakinya, Muhammad Zamri Mikhail, 8.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Aldron Dey Judih@Judeh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.10 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, susulan laporan diterima, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati dua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dibawa ke darat oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini