Jerebu semakin buruk, IPU Serian melonjak 420

Jerebu semakin buruk, IPU Serian melonjak 420

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga kawasan di Sarawak merekodkan kualiti udara pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian mencecah 420 setakat pukul 1 tengah hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dua lagi kawasan yang mencatatkan bacaan berbahaya ialah Samarahan dengan IPU 337 dan Kuching (308).

Sri Aman pula menjadi satu-satunya kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 235.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak 52 stesen pula merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.

Bacaan antara 201 hingga 300 pula dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN