Baju Jalur Gemilang jadi ‘uniform’ merdeka

Baju Jalur Gemilang jadi ‘uniform’ merdeka

SAHRAN Husin (tiga dari kanan) bersama ADUN Pilah, S. Leza Md. Yasin (tengah) di Pasar Tani Kuala Pilah, semalam. – MINGGUAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang peniaga buah-buahan di sini menjadikan baju bercorak Jalur Gemilang sebagai pakaian wajib ketika berniaga sepanjang Bulan Kemerdekaan sebagai tanda kecintaannya terhadap negara.

Sahran Husin, 66, berkata, dia turut mengenakan kopiah Jalur Gemilang ketika berniaga, sehingga dirinya dikenali pelanggan, khususnya kanak-kanak, sebagai ‘Atuk Merdeka’.

Katanya, pemakaian pakaian bertemakan Merdeka itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan ma­syarakat, khususnya generasi muda.

“Saya bukan fikir nak menunjuk pada orang, tetapi saya fikir jiwa Merdeka itu kena ada. Apabila budak-budak nampak saya, mereka panggil ‘Atuk Merdeka’ dan puji baju yang saya pakai.

“Saya rasa seronok dan akan berpesan kepada mereka, lain kali kamu pun kena pakai macam ini,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia pada Program Pertandingan Menghias Kanopi Bertemakan Merdeka di Pasar Tani Kuala Pilah, di sini.

Sahran berkata, usahanya itu turut disokong oleh seorang rakannya yang mengusahakan kedai jahit di Tampin dengan menghasilkan kopiah bertemakan Jalur Gemilang untuk dirinya.

“Bila saya berniaga di Tam­pin, kawan saya tanya nak pakai macam mana. Dia ambil bendera dan jahit sendiri untuk dijadikan kopiah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×