Perjanjian nuklear Arab Saudi tidak diteruskan jika enggan iktiraf Israel - Trump - Utusan Malaysia

Perjanjian nuklear Arab Saudi tidak diteruskan jika enggan iktiraf Israel – Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengemukakan perjanjian berkaitan program nuklear awam Arab Saudi kepada Kongres AS untuk semakan.

Namun, menegaskan bahawa usul berkenaan tidak akan diteruskan sekiranya Riyadh enggan memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel, menurut seorang pegawai pentadbiran Trump.

Dokumen sulit berkenaan diserahkan ke Kongres AS pada Isnin mengikut keperluan Akta Tenaga Atom.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia disahkan oleh pegawai pentadbiran, seorang pembantu Kongres serta dua lagi sumber yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut.

Perjanjian berkenaan telah ditandatangani bulan lalu di Washington oleh Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright bersama wakil sejawatannya dari Arab Saudi.

Bagaimanapun, sehari selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut, Trump mengumumkan bahawa beliau mewajibkan Arab Saudi memulihkan hubungan dengan Israel.

ADS:D

Trump berkata, pemulihan hubungan itu boleh dibuat menerusi Perjanjian Abraham.

Kedua-dua pegawai pentadbiran dan sumber terbabit enggan mengulas sama ada syarat Trump yang menggesa Arab Saudi menyertai Perjanjian Abraham itu turut diperincikan dalam dokumen sulit yang dikemukakan untuk semakan Kongres.

Mengikut undang-undang, Kongres mempunyai tempoh selama 90 hari ketika persidangan untuk menyemak perjanjian berkenaan. 

Perjanjian nuklear awam terdahulu dengan negara lain yang dikenali sebagai ‘Perjanjian 123’ kebanyakannya diterbitkan kepada umum, walaupun sebahagian daripadanya mengandungi lampiran sulit yang tidak dikeluarkan.

Pihak Kedutaan Arab Saudi di Washington belum mengeluarkan sebarang ulasan rasmi berhubung isu berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN