Munoz puji aksi memukau Zahedi

Munoz puji aksi memukau Zahedi

PENYERANG JDT, Zaheditabar Shahab berjaya melakukan rembatan walaupun cuba dihalang pertahanan Kelantan Red Warrior FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kelmarin.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz memuji persembahan pemain baharu dari Iran, Shahab Zahedi yang meledak empat gol ketika menewaskan Kelantan Red Warrior FC (KRW) 9-0 pada aksi Liga Super, kelmarin.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, penyerang import berusia 31 tahun itu bijak menghidu peluang gol malah sentiasa berada di posisi tepat untuk menerima umpanan dan hantaran rakan sepasukan.

Munoz berkata, bekas pemain Liga 1 Jepun (J1 League) Avispa Fukuoka itu turut membantu pasukan ketika bertahan apabila kerap turun di posisi tengah bagi mematahkan gerakan pasukan lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam permainan bola sepak moden, pemain penyerang bukan sahaja main peranan untuk menjaringkan gol tapi harus perlu bertahan bagi membantu rakan sepasukan.

“Dia berjaya menjalankan tugas dengan baik malah cukup tajam di jentera serangan ketika pasukan memerlukan jaringan, saya yakin dia mampu jadi pemain penting buat JDT,” jelasnya.

Ditanya mengenai persembahan kapten Arif Aiman Hanafi, Munoz menyifatkan prestasi pemain bintang Harimau Selatan itu semakin matang dan lebih versatil sejak memakai lilitan kapten.

Katanya, pemain sayap JDT itu memainkan peranan penting menggerakkan jentera serangan pasukan pada perlawanan itu dengan melakukan tiga bantuan gol selain menjaringkan gol terakhir bagi melengkapkan kemenangan bergaya.

“Sejak pulih daripada kecederaan yang dialami pada musim lalu, persembahan yang ditunjukkan tidak menunjukkan penurunan.

“Selaku kapten, Arif tahu tanggungjawab yang dipikul amat berat namun dia berani menyahut cabaran itu dan berjaya mempamer karakter yang cukup matang di padang” katanya.

Munoz turut mengingatkan pemain untuk mengekalkan momentum kemenangan kerana perjalanan saingan Liga Super masih panjang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN