NGO pikul tanggungjawab besar pegang amanah masyarakat

NGO pikul tanggungjawab besar pegang amanah masyarakat

PEMANGKU Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin (tiga dari kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Kepimpinan Komuniti kepada Abdul Razak Abd. Rashid (dua dari kanan) yang mewakili Pertubuhan Komuniti Gong Tok Nasek Care pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448 Hijrah di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Komitmen menolong golongan memerlukan bantuan termasuk mangsa bencana malah sehingga ke luar negara, membolehkan Pertubuhan Komuniti Gong Tok Nasek Care dipilih me­nerima Anugerah Kepemimpinan Komuniti sempena sambutan Mau­lidur Rasul peringkat negeri.

Pengiktirafan itu bukan sahaja sebagai menghargai usaha malah menjadi suntikan sema­ngat kepada sukarelawan untuk meneruskan kerja kebajikan.

Pengerusinya, Abdul Razak Abdul Rashid berkata, pertubuhan yang diwujudkan pada 2021 itu banyak terbabit dalam misi bantuan pasca banjir di dalam dan luar Terengganu termasuk sehingga ke Thailand dan Aceh, Indonesia.

Katanya, misi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama NGO yang lebih berpengalaman bagi memastikan bantuan dapat di­sampaikan kepada golongan yang memerlukan.

“Setiap misi yang kami jalankan biasanya melibatkan kutipan sumbangan daripada orang ramai khususnya untuk membantu mangsa bencana seperti banjir.

“Kami pastikan setiap sumbangan diterima diuruskan de­ngan penuh amanah dan digunakan untuk tujuan yang di­tetapkan. Kerja-kerja yang di­laksanakan sepanjang misi tu­rut kami tunjukkan kepada pe­nyumbang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Abdul Razak berkata, amanah yang diberikan oleh masyarakat adalah tanggungjawab besar yang perlu dipikul setiap pemimpin NGO terutama dalam memastikan setiap sumbangan digunakan sebaik mungkin.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×