Operator kilang didakwa rogol, liwat pelajar

Operator kilang didakwa rogol, liwat pelajar

MUHAMMAD Hazarul Zaim Rusli (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seorang pelajar di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang operator kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seorang pelajar wanita bulan lepas.

Tertuduh, Muhammad Hazarul Zaim Rusli, 22, didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun di sebuah bilik hotel Golden Oriental, Jalan Kampung Benggali, di sini, kira-kira pukul 3.30 pagi pada 17 Ogos lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama tanpa kerelaan wanita berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izad Firdaus manakala tertuduh pula diwakili peguam, RSN Rayer.

Hakim Ooi Sheow Yean membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu serta tidak mengganggu mangsa. Kes akan disebut semula 29 September ini bagi tujuan serahan dokumen.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini