PRU16: Pengundi kritikal tolak parti perkauman, peminpin tiada integriti - Penganalisis

PRU16: Pengundi kritikal tolak parti perkauman, peminpin tiada integriti – Penganalisis

PENGUNDI hari ini semakin sukar dipengaruhi hanya melalui sentimen, warna parti atau slogan penyatuan politik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naratif perkauman atau penyatuan berasaskan ketakutan tidak semestinya mencukupi untuk memenangi pengundi yang lebih kritikal walaupun ia mungkin masih mempunyai pasaran tertentu.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Seremban berkata, Dr. Mazlan Che Soh berkata, ini kerana pada akhirnya, mana-mana parti sama ada daripada blok kerajaan atau pembangkang tidak boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap integriti malah, kredibiliti mesti dibuktikan melalui rekod, reformasi institusi dan keupayaan menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, pengundi hari ini semakin sukar dipengaruhi hanya melalui sentimen, warna parti atau slogan penyatuan politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengalaman beberapa pilihan raya lalu menunjukkan bahawa pengundi sanggup mengubah sokongan apabila timbul persoalan serius mengenai integriti, tadbir urus, kos sara hidup dan keupayaan sesebuah kerajaan mengurus negara.

“PRU14 merupakan contoh penting apabila isu ekonomi, kepimpinan dan tadbir urus termasuk rasuah menjadi antara faktor yang membentuk sentimen pengundi ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

MAZLAN CHE SOH

Dalam pada itu, Mazlan berkata, perkembangan mutakhir berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji juga tidak boleh dipandang ringan kerana laporan itu sendiri mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan unsur campur tangan politik dalam beberapa keputusan Tabung Haji bagi tempoh yang disiasat.

Dalam konteks FELDA pula, katanya, sabitan rasuah bekas pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, telah dipulihkan oleh Mahkamah Persekutuan dan usaha semakannya kemudian ditolak.

“Ini merupakan rekod institusi dan kehakiman yang boleh mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap soal integriti,” katanya.

Namun, katanya, mana-mana pihak tidak boleh terus membuat kesimpulan bahawa rekod lampau sahaja akan menentukan PRU akan datang kerana pengundi juga akan menilai kerajaan yang sedang memerintah.

Tinjauan Merdeka Center yang diterbitkan pada Jun 2026 menunjukkan 73 peratus responden melihat isu ekonomi sebagai masalah terbesar rakyat, manakala hanya 42 peratus berpendapat negara berada di landasan yang betul.

“Ini menunjukkan pertarungan politik selepas ini bukan semata-mata mengenai siapa mempunyai rekod yang lebih buruk, tetapi siapa yang mampu menawarkan pentadbiran lebih bersih, ekonomi lebih baik dan kehidupan yang benar-benar dirasai rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini