Penyokong Ismail Sabri berkumpul di Kompleks Mahkamah KL

Penyokong Ismail Sabri berkumpul di Kompleks Mahkamah KL

Sebahagian penyokong Ismail Sabri Yaakob hadir seawal jam 8 pagi bagi memberi sokongan terhadap perbicaraan pertuduhan yang dihadapi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula berkumpul di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal pukul 7 pagi.

Mereka yang kebanyakan datang dari Bera, Pahang itu dipercayai untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu yang akan menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ismail Sabri tiba Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8:32 pagi tadi diiringi ahli keluarganya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini, Ahli Parlimen Bera itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta.

Beliau sepatutnya didakwa di mahkamah pada 7 Ogos lepas, namun prosiding ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

Mahkamah kemudian menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ke tarikh hari ini.

Sebelum ini, SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat dipercayai dijadikan rumah selamat hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini