Israel ‘meremehkan’ peluru berpandu balistik baharu Turkiye - Utusan Malaysia

Israel ‘meremehkan’ peluru berpandu balistik baharu Turkiye

PELURU berpandu Tayfun dipamerkan pada Expo SAHA di Istanbul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Media Turkiye melaporkan bahawa Ankara memiliki peluru berpandu balistik Tayfun Block-4 baharu dengan jarak anggaran sekitar 1,500 kilometer, sekali gus meletakkan seluruh wilayah Israel dalam jarak sasarannya.

Peluru berpandu yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan milik kerajaan, Roketsan itu merupakan versi lebih berat dengan berat 7.2 tan dan panjang kira-kira 10 meter, 

Ia menjadikannya lebih besar berbanding versi terdahulu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Peluru berpandu itu  mampu melakukan gerakan ketika peringkat akhir penerbangan, sekali gus menyukarkan sistem pertahanan udara untuk memintasnya, dengan ketepatan anggaran kurang daripada lima meter.

Anggaran menunjukkan kelajuannya melebihi Mach 5.5, menandakan perkembangan ketara yang akan memberikan Turkiye keupayaan serangan strategik yang sepenuhnya bebas tanpa memerlukan kelulusan AS atau Eropah.

Jarak teori peluru berpandu itu boleh meliputi Israel.

Namun, pakar ketenteraan Israel ketika ini cuba meremehkan ancaman tersebut. 

Mereka merujuk kepada sistem pertahanan udara berlapis Israel, termasuk Arrow 2, Arrow 3 dan David’s Sling yang direka untuk menangkis peluru berpandu balistik canggih seperti yang dibangunkan oleh Iran.

Pakar Israel  turut menyatakan bahawa Turkiye merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penandatangan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), manakala peluru berpandu itu membawa peledak konvensional, bukannya nuklear, sekali gus mengehadkan kemusnahan yang boleh ditimbulkannya.

Penganalisis juga melihat kenyataan Ankara mengenai keupayaan peluru berpandu itu untuk mencapai Israel sebagai sebahagian daripada usaha perang psikologi, khususnya ketika hubungan antara kedua-dua negara semakin merosot.

Walaupun begitu, mereka berkata kemungkinan berlakunya konfrontasi ketenteraan secara langsung antara Turkiye, anggota NATO, dan Israel masih rendah.

Pengeluar peluru berpandu itu, Roketsan pernah berkata, peluru berpandu Tayfun Block-3  buat pertama kalinya berjaya memusnahkan sasaran permukaan bergerak pada jarak jauh dengan ketepatan sangat tinggi.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada Disember 2022 bahawa Tayfun telah mencapai jarak 560 kilometer. Katanya ketika itu, jaraknya sedang ditingkatkan kepada 1,000 kilometer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini