Jakim anjur solat hajat, doa hadapi jerebu

Jakim anjur solat hajat, doa hadapi jerebu

SIRAJUDDIN SUHAIMEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan solat hajat dan bacaan doa susulan bencana jerebu yang sedang melanda negara dan beberapa negeri.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, inisiatif itu bagi menyambut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, untuk menzahirkan solidariti serta memanjatkan doa buat saudara yang sedang berdepan ujian.

Beliau berkata, ikhtiar itu turut bertepatan dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya seluruh rakyat bersama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT demi kesejahteraan mereka yang terkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“​Sehubungan dengan itu, Jakim akan melaksanakan solat hajat dan bacaan doa pada hari ini selepas solat Maghrib di tiga masjid utama di bawah seliaan JAKIM.

“​Seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diseru bersama-sama melaksanakan solat hajat dan menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar kita semua dikurniakan perlindungan, kesihatan, keselamatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Sirajuddin turut menitipkan doa agar Allah SWT melindungi seluruh rakyat Malaysia daripada sebarang kemudaratan.

“​Semoga Allah SWT memelihara kesihatan dan keselamatan kita semua serta memulihkan keadaan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN