Colombia tumpu pembinaan semula pasca gempa

Colombia tumpu pembinaan semula pasca gempa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Colombia memulakan fasa pembinaan semula selepas gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter melanda kawasan barat negara itu pada 10 Ogos lalu, dengan kerajaan mengumumkan bantuan kewangan kepada keluarga yang terjejas.

Presiden Abelardo De La Espriella semalam mengunjungi Quibdo, ibu negeri Choco yang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas, bagi menyampaikan bantuan dan memantau permulaan usaha pembinaan semula.

Gempa bumi itu menjejaskan ratusan bandar serta mengakibatkan kerosakan besar pada rumah, sekolah, hospital dan infrastruktur penting lain.

“Hari ini, dari Quibdo, kita mengambil langkah tegas: pembinaan semula Colombia secara rasmi telah bermula,” katanya.

Beliau berkata, fasa seterusnya akan memberi tumpuan kepada pembinaan semula kawasan yang musnah dengan standard yang lebih baik dan selamat bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat bertahan dalam jangka panjang.

Presiden itu berkata, sebanyak 480 tan bahan binaan pertama mula tiba di Choco.

“Kami mengumumkan bantuan kewangan secara langsung kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal; kami melancarkan Dana Milagro untuk menerajui usaha pembinaan semula yang memerlukan lebih 30 trilion peso (RM39 bilion); dan kami terus menggalakkan sektor swasta untuk bersama-sama menjayakan usaha besar negara ini,” katanya.

De La Espriella berkata beliau akan kembali ke Quibdo pada 7 September bersama pemimpin perniagaan yang komited untuk melaksanakan pelan khas bagi Choco.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×