Jerebu: 32 kawasan catat IPU tidak sihat

Jerebu: 32 kawasan catat IPU tidak sihat

SEBANYAK 32 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), IPD Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 181  menghampiri tahap sangat tidak sihat.

Sarawak kekal negeri paling terjejas dengan lima kawasan lain turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (166), Kuching (165), Samarahan (159), Sarikei (152) dan Mukah (101).

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 174, diikuti Shah Alam (161),Putrajaya (156), Kuala Selangor (156), Baru Muda (154), Banting (152), Klang, (151) dan Petaling Jaya (132).

Sementara itu, di utara, Sungai Petani, Kedah mencatatkan bacaan IPU (152) dan dan Minden, Pulau Pinang (154) dan Seberang Perai (136).

Di Perak pula, lima kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seri Manjung (155), Tanjung Malim (154), Tasek Ipoh (153), Taiping (151) dan Pegoh Ipoh (152).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 156 dan Seremban (153).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka dengan IPU 155 dan Alor Gajah (132) manakala Di Johor, Segamat, Batu Pahat, Tangkak masing-masing mencatat IPU sebanyak 152, Kota Tinggi (129) dan Kluang 104.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar bangunan serta memakai penutup muka sekiranya perlu berada di kawasan terbuka.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN