Kerajaan digesa pertimbang pengecualian cukai untuk semua jenis kapal

Kerajaan digesa pertimbang pengecualian cukai untuk semua jenis kapal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengecualian cukai di bawah Seksyen 54A Akta Cukai Pendapatan 1967 wajar dipertimbangkan untuk diperluas kepada semua jenis kapal yang didaftarkan, dimiliki atau dikendalikan syarikat perkapalan Malaysia.

Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) dalam satu kenyataan berkata, pengecualian berkenaan perlu merangkumi kapal perdagangan, kapal sokongan luar pesisir, kapal tunda, kapal keruk dan kapal lain yang menyokong rantaian nilai maritim negara.

Katanya, penjajaran dasar percukaian dengan kerangka perundangan baharu itu penting bagi mengelakkan ketidaksamarataan layanan antara subsektor perkapalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini juga dapat menggalakkan pelaburan semula dalam aset kapal dan mewujudkan ekosistem maritim yang lebih kompetitif, mampan serta kondusif kepada pelaburan jangka panjang,” katanya.

MASA berkata, pelaksanaan Akta A1551 yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 September nanti merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kerangka perundangan maritim negara.

Katanya, akta ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan reformasi sektor maritim, memperkemas tadbir urus pendaftaran kapal dan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang progresif serta berwibawa.

“Akta A1551 dijangka membawa manfaat yang signifikan kepada ekosistem perkapalan negara melalui persekitaran kawal selia yang lebih jelas dan teratur. Pembaharuan ini penting untuk menyokong pertumbuhan sektor perkapalan Malaysia serta mengukuhkan keyakinan terhadap industri maritim negara.

“Seiring dengan pelaksanaan Akta A1551, MASA berharap usaha penambahbaikan dasar yang menyokong pertumbuhan armada perkapalan negara dapat diteruskan, termasuk penelitian semula terhadap insentif percukaian berkaitan sektor perkapalan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini