PM Singapura seru rakyatnya belajar bahasa Melayu - Utusan Malaysia

PM Singapura seru rakyatnya belajar bahasa Melayu

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong  semalam menyeru rakyat negaranya untuk belajar bahasa Melayu dan mendalami budayanya dengan lebih mendalam.

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan jiran-jiran serantau dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat termasuk perniagaan Singapura.

Dalam ucapan bahasa Melayu di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026, Wong berkata: “Setiap kali saya bersama masyarakat Melayu/Islam, saya dapat rasakan semangat dan rasa bangga anda terhadap jati diri serta warisan anda. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya melihatnya sendiri semasa pembukaan semula Taman Warisan Melayu. Buat pertama kalinya, perarakan budaya diadakan di sekitar Kampong Gelam. Para seniman, kumpulan masyarakat, peniaga dan relawan berganding bahu untuk meraikan warisan masyarakat yang begitu kaya.

“Kampong Gelam ialah tempat yang istimewa untuk kita semua. Ia mengingatkan kita akan hubungan erat kita dengan rantau ini. Ia juga sebahagian daripada sejarah dan warisan yang kita kongsi bersama.

“Kita hargai pertalian ini. Sebab itulah bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan kita, bahasa Lagu Kebangsaan kita dan juga bahasa arahan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). 

“Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada identiti Singapura Memandangkan kedudukan kita di rantau ini, ada baiknya jika rakyat Singapura belajar bahasa Melayu dan lebih mendalami budaya Melayu. 

“Pertalian ini bukan sahaja tentang warisan kita. Malah, ia membantu kita mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran serantau dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat dan perniagaan Singapura,” tambahnya di Auditorium ITE Kolej Tengah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN