Kerpal Singh tidak mengaku keluar kata kesat terhadap peguam

Kerpal Singh tidak mengaku keluar kata kesat terhadap peguam

KERPAL Singh (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peguam dalam kejadian semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peguam dalam kejadian semalam.

Tertuduh, Kerpal Singh Atma Singh, 71, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang pesara didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap peguam, Muhammad Syazwan Mohd. Salleh, 38, dengan tujuan mengganggu keamanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, dalam daerah Kinta kira-kira pukul 11.45 pagi, 19 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM100 yang tidak dibantah peguam bela, Sandeep Singh.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan tersebut sebanyak RM100 dan menetapkan 24 September depan tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini