Lebih memilih ditegur secara berdepan - Evertts Gomes - Utusan Malaysia

Lebih memilih ditegur secara berdepan – Evertts Gomes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Evertts Gomes, 28, menganggap teguran pengarah kepada pelakon, sama ada secara lembut atau kasar, penting untuk membantu memperbaiki prestasi seseorang pelakon.

Mengakui pernah dimarahi di set penggambaran, Evertts lebih memilih perkara itu dilakukan secara terang-terangan atau berdepan.

“Itu perkara biasa. Saya lebih memilih untuk ditegur secara berdepan berbanding orang bercakap tentang kelemahan kita di belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu hari tanpa teguran membuatkan saya merasakan diri sendiri terlalu sempurna.

“Macam mana nak perbaiki lakonan kalau tak ada orang tegur kelemahan saya?” katanya.

Bercakap tentang kecederaan ketika melakonkan babak aksi, Evertts memberitahu dia sekadar melakukan babak itu mengikut kemampuan.

“Memang merisaukan, apatah lagi dengar pandangan yang mengatakan kecederaan itu boleh memberi kesan di hari tua.

“Tapi, saya tahu batas, sejauh mana ketahanan tubuh saya. Dan Sebagai bekas penari, saya tahu kelebihan saya dalam mengawal pergerakan.

“Jadi, kesakitan yang saya alami sekarang adalah terkawal, pada tahap yang saya mampu tahan.
Saya tak akan buat jika badan tak mampu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN