Seminar bincang isu kontemporari dunia Islam - Utusan Malaysia

Seminar bincang isu kontemporari dunia Islam

SEBAHAGIAN peserta Seminar Antarabangsa Pengajian Islam (ICIS2021). Sebanyak 15 negara terbabit membentangkan kertas kerja pada majlis ilmu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan jayanya menganjurkan menganjurkan Seminar Antarabangsa Pengajian Islam (ICIS 2021).

Seminar sehari itu adalah platform membincangkan pelbagai isu kontemporari dalam bidang pengajian Islam termasuk zakat, wakaf, filantropi Islam, hibah, wasiat, turath Islam, astronomi Islam, manuskrip dan pelbagai lagi isu islamik.

Bertemakan Empowering Contemporary Islamic Studies Pioneering in IR 4.0, aspek Islam dan Pemikiran, Islam dan Pendidikan, Islam dan Sains, Islam dan Syariah, Islam dan Filantropi serta Islam dan Kemasyarakatan telah diangkat sebagai sub-tema pembentangan kertas kerja seminar ini.

Ia mendapat sambutan baik dengan penyertaan daripada 15 negara yang membentang kertas kerja masing-masing. Mereka terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, sarjana Islam, pegawai institusi Islam serta mahasiswa IPT pelbagai negara.

Justeru, program ini bukan sahaja dapat mengenal pasti isu-isu kontemporari umat Islam di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Malah, ia menjadi platform perkongsian hasil penyelidikan dan dapatan kajian akademik ke arah memperkasa bidang pengajian Islam.

Ia sekali gus menyerlahkan ketampakan UiTM-ACIS sebagai peneraju Pengajian Islam Kontemporari.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perasmian program berkata, bidang Pengajian Islam adalah satu bidang terpenting untuk pembangunan negara.

Ia menyeimbangkan proses pembangunan bagi menghasilkan kestabilan dan kelestarian sesebuah negara.

“Dengan perkembangan teknologi, multimedia dan komunikasi yang berorientasikan internet pada masa kini, sudah semestinya bidang pengajian Islam perlu bergerak lebih maju ke hadapan agar selaras dengan keperluan masyarakat yang bertindak sebagai agen penyelesai semua masalah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×