Produk hiliran durian cipta rekod

Produk hiliran durian cipta rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buah-buahan tempatan khususnya durian berpotensi dikembangkan menjadi pelbagai produk hiliran yang mampu memberi nilai tambah kepada industri makanan negara. 

Antaranya termasuk biskut, coklat, pastri, kek, ais krim, kopi, minuman, snek sejuk, produk kering beku dan pelbagai inovasi makanan lain.

Kepelbagaian itu bukan sahaja membolehkan durian dinikmati dalam bentuk berbeza, malah membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan nilai komersial buah berkenaan.

Potensi tersebut turut diterokai jenama makanan tempatan, Durian Kingdom apabila menerima pengiktirafan The Asia Records menerusi gelaran Jumlah Produk Hiliran Durian Terbanyak 2026.

Pengasas Sunshine Kingdom Sdn. Bhd., Eddie Wong berkata, pencapaian tersebut menjadi suntikan semangat buat pasukannya untuk terus menghasilkan pelbagai produk berasaskan durian Malaysia. 

“Kami mahu masyarakat di seluruh dunia dapat menikmati rasa asli durian tempatan dalam pelbagai bentuk dan pada bila-bila masa.

“Setiap produk yang dihasilkan mencerminkan usaha kami terhadap inovasi dan komitmen untuk mengetengahkan budaya durian Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

Durian Kingdom ditubuhkan pada 2014 dengan visi memperkenalkan keunikan rasa dan budaya durian Malaysia ke peringkat global menerusi penghasilan produk premium yang melangkaui jualan buah segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×