Bapa tiri mengaku bersalah aniaya anak tiri

Bapa tiri mengaku bersalah aniaya anak tiri

SYED Khairul Anwar Syed Jaafar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bapa tiri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak tirinya yang berusia 10 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada 4 Ogos lalu.

Tertuduh, Syed Khairul Anwar Syed Jaafar, 40, didakwa menganiaya anak tiri dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah rumah di Jalan Kejora 3, Taman Tanjung Minyak Perdana, daerah Melaka Tengah antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari, 4 Ogos lalu 

Pendakwaan dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM9,000 terhadap tertuduh serta menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×