Hunt tebus kecewa, raih emas pecut Eropah

Hunt tebus kecewa, raih emas pecut Eropah

Amy Hunt meraikan kejayaannya memenangi acara pecut 100 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Eropah di Birmingham, England, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Ratu pecut Britain, Amy Hunt menebus kekecewaan meraih perak Sukan Komanwel Glasgow bulan lalu apabila muncul juara acara 100 meter (m) wanita pada Kejohanan Olahraga Eropah, semalam.

Hunt memecut bertenaga untuk mencatat 11.00 saat (s), meninggalkan Ewa Swoboda dari Poland di tempat kedua dengan 11.02s, manakala Delphine Nkansa dari Belgium meraih gangsa menerusi catatan 11.06s.

“Saya perlu tingkatkan prestasi kali ini kerana sudah bosan dengan perak, jadi kemenangan ini sangat istimewa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang mahu menukar warna pingat kali ini dan dapat melakukannya di sini memberikan makna yang besar buat saya,” kata Hunt.

Kejayaan itu semakin bermakna buat Hunt apabila acara 100m wanita kali ini dianggap terbuka luas tanpa seorang pun pelari benar-benar mendominasi saingan menjelang perlumbaan akhir.

Pelari Switzerland, Geraldine di Tizio-Frey yang hadir sebagai pelari Eropah terpantas berdasarkan catatan musim ini sekadar menduduki tempat keempat dengan 11.07s, manakala juara bertahan, Dina Asher-Smith dari Britain terpaksa berpuas hati di tangga kelima.

Hunt, 24, sebelum ini memecahkan catatan 11s buat kali pertama musim ini pada saingan Liga Berlian Stockholm Jun lalu sebelum meneruskan momentum dengan memenangi perak di Sukan Komanwel Glasgow.

Menariknya, juara Britain itu hanya mula menjalani latihan sepenuh masa selepas menamatkan pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Cambridge pada 2023, selain masih memegang rekod dunia bawah 18 tahun acara 200m dengan catatan 22.42s yang dilakukan pada 2019. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×