JDT lawan Chelsea: Peminat mula banjiri Stadium Sultan Ibrahim

JDT lawan Chelsea: Peminat mula banjiri Stadium Sultan Ibrahim

PENYOKONG JDT dan Chelsea mula membanjiri pekarangan Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan malam ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ribuan peminat bola sepak mula membanjiri Stadium Sultan Ibrahim di sini bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, malam ini.

Kehadiran penyokong bukan sahaja dari Johor malah turut menarik peminat luar termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan aksi bersejarah itu.

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam itu menjadi tumpuan selepas Chelsea memilih Stadium Sultan Ibrahim sebagai antara lokasi jelajah pramusim mereka di rantau Asia Pasifik.

Bagi peminat JDT, pertemuan berkenaan dianggap peluang istimewa untuk menyaksikan secara langsung aksi pemain bertaraf dunia selain mengukur kemampuan Harimau Selatan apabila berdepan kelab EPL dalam pentas antarabangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×