Salah tunggu lampu hijau sertai Trabzonspor

Salah tunggu lampu hijau sertai Trabzonspor

Mohamed Salah akan beraksi dalam Liga Turkiye sekiranya rundingan menyertai Tranzonspor berhasil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Kapten Mesir, Mohamed Salah kini selangkah lagi untuk menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor selepas kelab berkenaan mengesahkan rundingan perpindahan sedang berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trabzonspor dalam satu kenyataan memaklumkan Salah tiba di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Trabzonspor bagi melengkapkan proses rundingan.

Bekas penyerang Liverpool itu meninggalkan Anfield pada penghujung musim lalu selepas melalui tempoh sembilan tahun penuh gemilang bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sepanjang bersama Liverpool, Salah menjaringkan 257 gol dalam 442 penampilan di semua pertandingan, sekali gus muncul penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab.

Dia turut membantu The Reds menjulang satu trofi Liga Juara-Juara Eropah dan dua kejuaraan EPL.

Di pentas EPL, pemain berusia 34 tahun itu sudah meledak 193 gol, termasuk 191 bersama Liverpool, meletakkannya di tangga keempat senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di belakang Alan Shearer, Harry Kane dan Wayne Rooney.

Aksi terakhirnya di pentas antarabangsa adalah pada Piala Dunia 2026 apabila membantu Mesir mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama sejak 1934, sebelum mereka tewas kepada naib juara, Argentina. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN