Pelancong warga Sri Lanka cedera dihempap runtuhan bangunan

Pelancong warga Sri Lanka cedera dihempap runtuhan bangunan

DUA pelancong warga Sri Lanka cedera akibat dihempap runtuhan bangunan lama di Lebuh Armenian, George Town, Pulau Pinang.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua pelancong warga Sri Lanka cedera selepas dihempap runtuhan batu dan kayu daripada struktur rasuk sebuah bangunan di Lebuh Armenian di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.11 petang sebelum sepasukan anggota bomba segera dikerah ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, insiden runtuhan itu berlaku di tingkat satu bangunan terbabit manakala kedua-dua mangsa yang cedera pula dikenal pasti sebagai Mohamad Ammtar, 66, dan Fatimah, 55.

“Mereka (mangsa) bagaimanapun telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, operasi yang turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu kemudian ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 2.29 petang selepas kerja-kerja menyelamat di lokasi selesai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×