Habib lancar Koleksi Merdeka terbaharu - Utusan Malaysia

Habib lancar Koleksi Merdeka terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Habib menganjurkan Kempen Merdeka Habib yang berlangsung dari 1 hingga 31 Ogos 2026 di semua bilik pameran Habib seluruh negara bagi meraikan warisan budaya tempatan.

Bertemakan perpaduan dan semangat cintakan negara, kempen tahun ini mengetengahkan kepelbagaian seni serta warisan budaya menerusi pelancaran koleksi barangan kemas dan wafer emas eksklusif.

Habib berkata, istimewa tahun ini, Koleksi Tengkolok yang diperkenalkan menampilkan rangkaian cincin dan gelang tangan eksklusif berinspirasikan tengkolok yang dipakai oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu laungan kemerdekaan pertama pada 1957.

“Rekaan tersebut diilhamkan daripada solek Dendam Tak Sudah iaitu gaya lipatan tengkolok tradisional Negeri Sembilan yang melambangkan ketabahan dan semangat yang tidak pernah luntur.

“Koleksi berkenaan diolah dengan sentuhan kontemporari menerusi siluet asimetri, perincian geometri daripada lipatan tengkolok serta gandingan kilauan berlian,” katanya.

Selain itu, Habib turut melengkapkan sambutan menerusi Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak yang diinspirasikan daripada keunikan warisan budaya mengikut wilayah di Malaysia Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Pantai Timur.

“Setiap rekaan wafer emas memaparkan mercu tanda ikonik, flora, fauna, motif tradisional serta simbol budaya tempatan yang ditawarkan secara individu atau set lengkap lima keping dalam pembungkusan berunsurkan seni batik,” katanya.

Pihak Habib mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke semua bilik pamerannya sepanjang Ogos ini untuk memiliki koleksi eksklusif berkenaan atau layari maklumat lanjut di laman web rasmi www.habibjewels.com. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN