Malaysia Airlines beri kerjasama kes juruterbang seludup dadah

Malaysia Airlines beri kerjasama kes juruterbang seludup dadah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa susulan penahanan juruterbang yang disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah ekstasi bersama sejumlah kecil syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Malaysia Airlines memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan berkaitan dengan kesalahan melibatkan dadah.

Katanya, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia dan adalah tidak wajar bagi syarikat penerbangan untuk memberikan ulasan lanjut pada peringkat ini. 

“Malaysia Airlines akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan selaras dengan semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia Airlines menegaskan bahawa syarikat tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah laku dan kini sedang menjalankan semakan dalaman berhubung perkara ini. 

“Keselamatan, sekuriti dan integriti operasi kami kekal sebagai keutamaan utama,” jelasnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN(, Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia itu.

Penahanan berusia 39 tahun dilakukan sejurus tiba dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Selasa lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN