Musang king seludup dari Thailand dirampas

Musang king seludup dari Thailand dirampas

SEBAHAGIAN durian musing king dan mong thon yang dirampas PGA dalam serbuan di pangkalan haram Yasin, Rantau Panjang, Kelantan awal pagi tadi-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 300 kilogram (kg) durian musang king dari Thailand selepas menahan sebuah van berhampiran Pengkalan Haram Yasin, Kampung Lubok Gong di sini awal pagi tadi.

Serbuan pukul 1 pagi itu, itu PGA turut merampas 750 kg durian jenis mon thong.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, semasa ditahan pemandu terbabit gagal mengemukakan dokumen berkaitan buah durian yang dibawa sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua durian itu diperoleh dari Thailand dan dibawa masuk ke negara ini melalui pangkalan haram Yasin di Lubok Gong.

“Bekalan durian itu dipercayai akan dihantar ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kota Bharu untuk dijual,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, siasatan mendapati pemandu lori berkenaan mengaku menerima upah RM100 bagi membawa muatan tersebut.

Katanya, semua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kota Bharu untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167)-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN