Keunikan Lego Adidas Originals Superstar Sneaker - Utusan Malaysia

Keunikan Lego Adidas Originals Superstar Sneaker

Kasut lego hasil kombinasi Adidas dan Lego.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Permainan blok lego pasti teruja apabila jenama LEGO Group mengumumkan kerjasama dengan jenama kasut Adidas dalam koleksi sniker Adidas Originals Superstar.

Kombinasi rekaan antara Adidas dan Lego ini jelas menonjolkan elemen ikonik daripada kedua-dua jenama itu.

Corak bata lego kasut sniker Adidas ini direka dengan penuh sempurna dan begitu teliti bagi menghasilkan bentuk yang sama seolah-olah seperti versi kasut sniker yang sebenar.

Ia didatangkan dengan gabungan warna putih klasik dan hitam dengan tiga jalur hitam pada bahagian tepi, shelltoe dan tumit (heel tab) pada bahagian belakang kasut, tidak ubah seperti kasut sniker Adidas original.

Lego kasut sniker ini hanya tersedia untuk saiz dewasa sahaja dengan ukuran lebih 12 sentimeter (cm). Panjang kasut 27cm, manakala lebar adalah 9cm berserta display stand dan plak.

Set ini merangkumi 17 elemen lego tambahan dan didatangkan dengan sebelah kasut sahaja yang boleh dipilih sama ada ingin memiliki sebelah kanan atau kiri. Jika ingin mempunyai sepasang kasut lego sniker ini, ia perlu dibeli dua set.

Ia turut disertakan dengan tali kasut putih dan kotak kasut Adidas berwarna biru bagi memberi ciri original kasut sniker Adidas.

Dalam pada itu, Pereka Kanan di Lego, Florian Muller berkata, pihaknya begitu teruja dapat bekerjasama dengan Adidas yang menghasilkan kasut sniker yang diperbuat daripada flexible material yang menyerlahkan gaya berbeza pada setiap individu atau si pemakai.

“Ia adalah cabaran yang menyeronokkan apabila model kasut sniker ini dapat diterjemahkan kepada permainan lego, berbentuk segi empat dan bongkah atau blok. Kolaborasi ini cukup berharga kerana dapat berkongsi mengenai seni pembuatan kasut kepada lego dan model ini boleh disesuaikan dengan unik mengikut kreativiti tersendiri,” katanya.

Bagi meraikan kreativiti dan ciri yang ada pada model ini, enam individu terpilih menghias kasut sniker ini mengikut versi mereka tersendiri. Anda boleh turut serta dengan memuat naik kasut yang dihias mengikut kreativiti di media sosial dengan #RebuiltByOriginals.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×