Segala-gala ada untuk peminat Korea di emart24 - Utusan Malaysia

Segala-gala ada untuk peminat Korea di emart24

Penubuhannya didorong oleh rasa kecintaan rakyat Malaysia terhadap segala trend dari Korea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEDAI serbaneka Korea di Malaysia wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Terbaharu, emart24 melancarkan kedai ‘reserve’ pertamanya di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Dengan konsep gaya hidup, ia menawarkan makanan jalanan Korea, kopi, makanan ringan Korea eksklusif daripada labelnya tersendiri, ‘I’m e’ dan ‘No brand’ serta pelbagai rangkaian kecantikan K-beauty. Umpama ada segala-gala ada untuk peminat Korea.

Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia, Vuitton Pang berkata, kecintaan rakyat Malaysia terhadap segala trend dari Korea, mendorong pihaknya menawarkan pengalaman membeli-belah terkini dan bergaya dalam landskap kedai serbaneka negara menerusi emart24.

“Konsep kedai ‘reserve’ emart24 menampilkan ruang lebih besar, rekaan dalaman yang lebih eksklusif dengan unik. Semua ini membuka peluang kepada pengenalan idea baharu, baik dari segi penawaran produk mahupun reka bentuk kedai.

“Meskipun ia menawarkan pilihan lebih luas berbanding kedai ‘general’, pelanggan dapat menikmati kualiti yang konsisten tidak kira di mana kedai sekalipun.

“Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, emart24 komited memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan sedia dimakan bersumberkan pembekal yang diiktiraf Halal,” katanya.

Selain makanan, pelanggan juga dapat menikmati beraneka pilihan kosmetik, penjagaan diri serta wangian yang disediakan menerusi kerjasama strategik dengan OnlyKorea, iaitu pengedar sah produk kecantikan Korea.

Menerusi slogan, ‘Hello, neighbour!’ ia diharap dapat membawa pengalaman peruncitan Korea yang mudah dan mampu dimiliki.

Sejak diasaskan pada 2014, emart24 kini memiliki lebih 5,500 kedai, sekali gus menempa nama sebagai kedai serbaneka Korea berkembang pantas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×