Dalam kehidupan harian yang semakin sibuk dan mencabar, tidur berkualiti memainkan peranan besar terhadap kesihatan fizikal, kecergasan mental dan tahap produktiviti seseorang.
Menyedari keperluan itu, jenama kelengkapan rumah dan penyelesaian tidur premium, Akemi tampil dengan sleep sync AI mattress, iaitu tilam pintar yang dilengkapi smart AI chip.
Teknologi ini mengesan titik tekanan badan, corak pernafasan dan pergerakan pengguna sepanjang malam sebelum melaraskan tahap sokongan secara masa nyata mengikut posisi tidur.
Bagi meningkatkan keselesaan, tilam pintar ini dilengkapi 6-zone adaptive support yang membantu mengagihkan tekanan badan secara lebih seimbang pada bahagian kepala, bahu, belakang, pinggang, kaki dan tumit.
Sistem ini membantu mengekalkan kedudukan tulang belakang yang lebih baik serta mengurangkan tekanan pada sendi dan otot.
Selain itu, sleep sync AI mattress menawarkan pelbagai smart sleep modes yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna.
Mod auto melaraskan sokongan mengikut perubahan postur, manakala sleep aid membantu pengguna mudah lena diikuti fungsi anti-snore bagi yang berdepan masalah dengkuran.
Mod lain ialah reading, zero gravity, head up, flat, wake up alarm dan relax legs pula memberi fleksibiliti untuk berehat, membaca, bekerja dari katil atau bangun dengan lebih selesa pada waktu pagi.
Bagi membantu pengguna memahami kualiti tidur, tilam pintar ini turut menampilkan AI-driven sleep intelligence yang menyediakan sleep score setiap pagi.
Analisis tersebut membolehkan mereka memantau corak tidur dan menggunakan data tersebut sebagai panduan untuk memperbaiki tabiat tidur dari semasa ke semasa.
Malah, ia turut dilengkapi ciri praktikal seperti under-bed lighting sensor, wireless charging dan washable divan cover bagi memudahkan penggunaan harian.
Dengan gabungan kecerdasan buatan, reka bentuk ergonomik dan teknologi adaptif, Akemi membawa pengalaman tidur ke tahap baharu menerusi penyelesaian yang lebih pintar, selesa dan diperibadikan.











