Dongyu Zhou wajah baharu Omega - Utusan Malaysia

Dongyu Zhou wajah baharu Omega

Dongyu Zhou
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama jam tangan mewah, Omega memilih pelakon kelahiran Shijiazhuang, China, Dongyu Zhou sebagai dutanya baharunya baru-baru ini.

Pemilihan beliau dilakukan sejajar kehebatan dirinya dalam dunia seni lakonan.

Selepas kemunculan sulungnya dalam filem arahan Zhang Yimou iaitu Under The Hawthorn Tree (2010), Dongyu membintangi beberapa filem yang berjaya mendapat sambutan antaranya adalah Soul Mate (2016), This Is Not What I Expected (2017) Us and Them (2018) dan Better Days ( 2019).

Lakonan mantapnya dalam filem Soul Mate turut melayakkan dirinya merangkul banyak anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik di Golden Horse Awards ke-53 pada 2016 dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk Better Days di Hong Kong Film Awards ke-39 serta Golden Rooster Awards ke-33.

Bercakap mengenai peranan barunya dalam jenama tersohor itu, Dongyu Zhou mengakui teruja dapat menyertai keluarga jenama itu.

“Inovasi dan ketelitian menjadi keutamaan Omega. Sebagai salah seorang duta saya sangat teruja untuk berkembang bersama jenama ini,” katanya.

Dalam kempen terbaharu, beliau dilihat cukup bergaya menggayakan jam tangan terbaharu, 34mm Constellation Small Seconds.

Pertambahan butiran berlian dan kemasannya menjadikan koleksi Constellation generasi kelima ini dilihat utuh dalam membawakan semangat koleksi ikonik itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×