ATM siasat video tular ada unsur mengaibkan 

ATM siasat video tular ada unsur mengaibkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran tular di platform Threads yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera mengandungi kandungan berunsur mengaibkan sehingga mencemarkan imej pasukan berkenaan. 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan kandungan yang dimuat naik itu. 

“Kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tular di Threads satu hantaran yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera di TikTok sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet DAN boleh menjejaskan imej dan reputasi ATM.

Kandungan tersebut menunjukkan anggota memakai uniform Tentera Darat memuat naik video-video dengan kapsyen mengaibkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×