10 cedera gempa bumi berhampiran Gunung Fuji

10 cedera gempa bumi berhampiran Gunung Fuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sekurang-kurangnya 10 orang mengalami kecederaan ringan akibat gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter yang melanda berhampiran Gunung Fuji di tengah Jepun kelmarin, menurut pihak berkuasa negara itu.

Gempa yang berlaku kira-kira 10.28 malam itu menggegarkan kawasan tengah dan timur Jepun, termasuk kawasan metropolitan Tokyo, dengan mencatatkan intensiti bawah 6 pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di sebahagian Wilayah Yamanashi.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan, tahap gegaran itu kali terakhir direkodkan di wilayah berkenaan pada 1924, namun mengesahkan gempa tersebut tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di Gunung Fuji.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen yang digantung serta-merta selepas gempa antara Stesen Tokyo dan Stesen Shizuoka disambung semula pada awal pagi Jumaat.

Pengendali perkhidmatan itu, JR Central, berkata gangguan berkenaan menjejaskan kira-kira 22,000 penumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×