Moscow alami krisis bekalan minyak - Utusan Malaysia

Moscow alami krisis bekalan minyak

ORANG ramai mengisi minyak kereta mereka di stesen minyak Gazpromneft di Moscow kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Krisis bekalan mi­nyak mula berlaku di Moscow  Russia berikutan sera­ngan Ukraine terhadap kilang penapisan, depoh penyimpanan dan rangkaian logistik­nya yang menjejaskan bekalan domestik.

Russia yang merupakan salah satu pengeluar minyak terbesar dunia  telah memperkenalkan pelbagai sekatan ke atas penjualan petrol di seluruh negara berikutan sera­ngan itu.

Beberapa wilayah telah melaksanakan catuan bekalan petrol, manakala sebahagian stesen minyak dan rangkaian pengendali terpaksa menghentikan jualan atau menutup operasi kerana kekurangan bekala

Memuatkan artikel berkaitan…

Wartawan AFP melaporkan barisan panjang di beberapa stesen minyak di ibu negara, dengan sebahagiannya kehabisan pelbagai jenis petrol. Sejumlah stesen minyak mengehadkan penjualan kepada 30 liter seorang, manakala ada juga yang ditutup.

“Kami beratur selama sejam, sejam setengah. Apabila memandu 200 kilometer dari Moscow, mereka tidak akan memberi lebih daripada 10 liter (manakala) di sesetengah tempat langsung tiada,” kata seorang pemandu teksi, Safarali Nazarov.

Kekurangan petrol di Moscow adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

Dalam satu mesyuarat yang disiarkan minggu ini, Timbalan Perdana Menteri Russia, Alexander Novak membe­ritahu Presiden Vladimir Putin bahawa kekurangan bahan api ‘masih terkawal.

Walaupun mengutuk tindakan Ukraine, pihak berkuasa tidak mengaitkan kekurangan itu dengan gelombang sera­ngan terbaharu.

Ukraine mempergiatkan kempen serangan dron jarak jauh ke atas kemudahan tenaga Russia dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sebagai usaha untuk memutuskan sumber pendapatan penting Kremlin.

Minggu lalu, sebuah kilang penapisan minyak besar di pinggir Moscow diserang, menyebabkan asap hitam tebal menyelubungi ibu negara itu. Moscow mengehadkan eksport dan mengarahkan peruncit supaya menyediakan data langsung mengenai ketersediaan bekalan bahan api di pam bagi menggerakkan tindak balas kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini